Radio Kami

Thursday 29 August 2013

Ride from USJ to CAMERON HIGHLAND (Preparation PART 1) - Tempah Hotel..


Kena print out tunjuk masa nk check in hotel
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.. setelah sekian lama.. inilah masa yang dinantikan.. Honeymoon!!! Hoorey... setelah  hampir lima tahun kawin.. masa untuk kami meng"isolate" diri.. hehe~ just 2 of us...naik motor plak tu.. ;) masa 1st time honeymoon lepas kawin pegi Langkawi, tapi bawak adik2 pulak.. and ke Genting tgh mabuk pulak "sang isteri", burn ler tiket "outdoor n indoor" tu..

Walaupun agak last minute juga plan nk ke Cameron ni kami berjaya juga mem"booking" hotel walaupun masa yang dirancang adalah peak time.. oleh kerana itu, kami tidak mempunyai banyak pilihan kerana budget untuk penginapan yang naik. Kalau time biasa, kami memang boleh dpt hotel yg lebih baik lagi berbanding harga yang dibayar... (nasib ler, sapa suruh plan last minute peak time pulak tu.. huhu~) Kononnya nk cari tempat yg ala-ala backpackers je asalnya.. (backpackers lah sgt.. dapat booking ni pun mujur) sebab hotel/motel/segala bentuk penginapan rata2 penuh.. nilah sisa2 yang ada.. "Kavy Hotel Boutique". Guna AGODA je.. segala jenis hotel/motel ada kt situ.. kalau nk pegi ramai elok amik 'service apartment', lebih selesa dan jimat.. tempahan melalui iBilik..

Moral of the story.. walaupun korang semua jenis yang suka prepare / rancang last minute.. hati2 bila peak silap2 xde tempat nak duduk..huhu~

Wassalam..

~Alif & Balqis~

No comments:

Post a Comment