Radio Kami

Wednesday 14 September 2016

Idea laundry untuk rumah apartment

AsSalam wbt.
Saya nak share skit ni idea-idea yang di'gugel' dari internet untuk susunatur ruang "laundry" bagi rumah jenis flat/apartment mahu pun kondo.
pemandangan tercemar oleh jemuran... huhu~ saya pun biasa buat.. teruk betul.. haha~
Saya pilih idea yang saya rasa saya sangat2 suka.. Kalau korang pun suka cer komen kat bawah nanti.. Saya suka putih sebab nmpk putih dan lapang.. rumah tak berapa besar akan nampak lebih luas dengan warna putih. hehehe~ jom jamu mata...
ok la...

siap ada garden....

sambil basuh baju bleh lepak2 kt sini...

cantik je susun...

ok jugak...

benda alah ni mmmg sesuai...

elok jugak...

mcm nak beli dryer jugak ni... huhu~

wahhh... mcm keperluan je dryer ni..

okla..

bersihnya... huhu~

lebih menarik... dryer dan washer disusun bertindih..

I Likeee.....

Nice....        
Dah tengok idea-iea ni rasa semangat nak cantik dan kemaskan ruang laundry.. haha~ harap2 semangat tu berkekalan...hehe~

Sekian, semoga bermanfaat

Korang ada cita-cita nak bina Jenama Sendiri?

AsSalam wbt.

Nak cerita skit ni. Baru-baru ni ada seorang kawan lama saya contact saya minta saya buat marketing untuk produk kesihatan yang dikeluarkan atas namanya sendiri. Pergh.. dah ada jenama sendiri kawan aku ni. huhu~ saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada kawan saya tu diatas kejayaan mengeluarkan produk jenama sendiri. Sungguhpun begitu saya terpaksa mengucapkan maaf yang tak terhingga sebab bukan saya tak nak tolg dia buat marketing produk dia tu. tapi saya pun sendiri pun kurang arif dalam bab produk-produk kesihatan dan kecantikan ni,ditambah pula saya sendiri tak banyak masa. Sedangkan Ummul Ikan Bakar pun saya xsempat nk buatkan marketing... (Kesian kan? huhu)

Mesti seronok kan bila jenama kita terjual di kedai-kedai jamu... hehehe~ (berangan jelah.. berangankan percuma) :D
Masa belajar MBA dulu- mmg lecturer saya ajar BRAND adalah benda penting untuk produk kita agar dikenali oleh orang ramai.. Jangan main redah je.. cipta Produk dengan Brand tersendiri...
Katanya produk dia banyak lagi tak abih. Saya turut bersimpati tapi tak dapat nak bantu byk. sekadar tolong buat marketing di FB secara percuma. tu pun ada la jugak yg order. Jadi untuk korang2 yang ada cita-cita nak buat produk jenama sendiri, tujuan aku tulis ni bukanlah untuk menakut2kan kalian. Tetapi sebagai peringatan untuk kita semua. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan agar kita study dulu industri tu macam mana.

Mcm nak jadi PE (Professional Engineer), kena p belajaq dlu 5tahun, keluar kena cari pengalaman dulu kerja kt site dan design office, kena pi tarining dulu kumpul point segala dan submit report lepas tu baru boleh apply nak jadi PE.  Sama la jugak nk jadi pengeluar produk. Pada pendapat saya la. cuba belajar jual produk orang dulu. Cuba2 jual jadi DS (Dropship). lama2 dah paham market produk kesihatan dan kecantikan barulah consider untuk buat jenama produk sendiri tu.

Huhu~ oklah.. ni satu bahan bacaan yang berguna untuk mereka-mereka yang ada cita2 tu..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAH :: PANDUAN BINA PRODUK JENAMA SENDIRI ::



KAMI bantu USAHAWAN dengan memberikan idea perniagaan ini...

► Apa yang akan BONGKARKAN ◄

✔ Panduan bina produk A hingga Z
✔ Idea Perniagaan produk
✔ Kaedah kajian pasaran
✔ Produk killer atau popular
✔ Kaedah menerokai pasaran
✔ Cara pintas hasil produk
✔ R&D produk jenama anda
✔ Urusan Kelulusan KKM dll
✔ Pembekal custom made botol/ kotak
✔ Dan banyak lagi...

---------
BONUS PERCUMA
---------
✔ Cara Mudah Daftar Niaga SSM (RM30)
✔ Panduan Daftar Akaun Semasa Bank (RM30)
✔ Strategi Pemasaran Produk Berkesan (RM40)

Tambahan bonus

✔ Support PERCUMA selepas pembelian.
✔ Contoh/ Cadangan Kewangan atau Akaun.

Klik disini EBook Bina Produk Jenama Sendiri.



Pada pendapat saya cara paling bijak untuk belajar adalah melalui pengalaman orang lain.

Laburkan dahulu untuk ilmu sebelum duit anda melebur.. huhu~

Sekian, semoga bermanfaat

Tuesday 13 September 2016

Bila Amru masuk pertandingan

Bismillah...

AsSalam wbt..

Pada 4hb Sept 2016 yang lalu, Alam Ria Pasti Peringkat Selangor 2016 telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Alhamdulillah putera kami Amru terpilih untuk mewakili Pasti AtTaqwa Subang Jaya dalam acara hafazan (lelaki). Antara acara lain yang turut dipertandingkan adalah Khutbah, Pidato, Kalam Jamaie, Nasyid, Sajak, dan Bercerita

Walaupun tak menang, kami bersyukur kerana pertandingan ini memberi pendedahan pada anak2 kami dan juga pengalaman baru buat mereka. Pemenang keseluruhan adalah Pasti Kapar ditempat pertama, Pasti Gombak ditempat ke2, dan Pasti Kuala Selangor tempat ke3.Tahniah pada semua pemenang!

Terima kasih kepada semua ustazah2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara ini. Semoga Allah membalas jasa baik ustazah-ustazah yang tidak mampu kami balas.

Kami mewakili ibubapa pelajar-pelajar Pasti yakin acara sebegini harus diteruskan agar memberi pendedahan yang lebih baik untuk anak2 tentang kesenian Islam dan hiburan yang baik untuk mereka selaras dengan kehendak agama. Diharap acara-acara begini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kami juga berharap Pasti dapat diperluaskan sehingga keperingkat Sekolah Rendah dan Menengah pada masa akan datang di lebih banyak lokasi diseluruh negara. inshaAllah.. aminn...


Sejuk hati melihat anak2 kecil membaca alQuran dengan gaya tersendiri.. (^_^)

 
Dengan izin Allah budak 5tahun ni, mampu menghafal surah Almulk 1-15 walaupun masih belum mengenal (subhanAllah).


Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1 dah Hilang!!!

Bismillah..

AsSalam wbt

Balik dr kerja anak yang sulong Putera Ammar Danish sibuk mengadu dia hari2 kena marah di sekolah pasai buku PI dia yang teks hilang. Dengan nada yang "stress" bercerita sehingga "stress" dia tu transfer kat mama..

Huhu~ dengan se'chill' mungkin mama dia cuba tenangkan keadaan. ok, jangan susah hati nanti balik rumah kita cari sama2. tp dia jawab abang ammar dah cari mama, tp xjumpa.. Kalau xjumpa nanti kita beli lain.. kalau xde jual, kita pinjam buku Muhammad (anak buah saya, sebaya Ammar) nanti mama fotostat ok..? ok!

Setelah dipujuk dengan berjela2 ayat2 positif barulah dia relax..

Dipendek cerita, tiba2 saya terfikir nk gugel mcm mana rupa buku teks PI darjah 1 tu. Tiba2 time gugel terjumpa softcopy dia.. done doenload... kalau cari xjumpa kt kedai mmg saya print je buku ni nanti. (huhu~daruratkan bkn saja2 nk ciplak)

Nah ni saya nak share link tu mana nak tau kot2 ada dikalangan mak bapak yang hadapi kes mcm saya...

 Klik untuk Download -> Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1
Putera Ammar (3 dari Kiri Barisan Belakang) Muhammad ( 1 dari Kiri Barisan Belakang) Gambar masa Pra SRI Pintar 2015, Subang Jaya





Rupabuku Teks Pendidik Islam Tahun 1 - ada gambar Ikan katanya.. :)



Semoga bermanfaat.. (^_^)




Mai Pekena Ikan Bakar Special..... Ummul Ikan Bakar Special

Assalamualaikum wbt,

Hari ni tak nak karang panjang2.. just nak share kt pembaca-pembaca sekalian tempat makan best untuk penggemar Ikan Bakar Special, Seafood atau tomyam.. KOrang kena try makan sini..

Ummul Ikan Bakar Special namanya..Lokasi Jalan Hutan Kampung, Alor Setar KEdah...
Jemput mai bagi yang lalu lalang.. Kedai makan ni dibukadr pukul 5ptg - 1pagi...
DIbuka setiap hari melainkan raya atau ada hal2 yang tak dapat dielakkan.

Wajib CUBA!! bukan saja2 nak promote... tapi memang nak promote.. sebab kedai ni milik family saya... hahaha~ kalau tgk muka nak sama tu adik saya.. Kalau nampak yang hensem2 mcm imam muda tu adik ipar saya...

Nak tempahan awal boleh call saya Balqis: 0197435949, atau direct call manager kami yang hensem: Irsyad 01128401852, atau adik saya yang comel: Ust Syabinar 01127497073

Sekian..



Peta Lokasi Ummul Ikan Bakar Special
Ikan BakarPaling Sedap bagi saya..

Sotong goreng Tepung




Thursday 1 September 2016

Thesis dah siap...Alhamdulillah...

AsSalam wbt.

Alhamdulillah... bersyukur sangat2 sebab setelah bertahun lamanya saya berjaya tamat belajar setelah thesis saya berjaya disiapkan...Memang menangis la nk siapkan..Allah jualah yang memberi kekuatan untuk saya... Sepatutnya saya convo pada bulan July yang lalu tapi disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan makanya baru bulan Ogos 2016 saya berjaya siapkan thesis ni. (boleh tgk sini.. sejak bila saya mula buat thesis...klik)

Dengan Izin Allah
Banyak hal sebenarnya setelah siap thesis, mula2 kena buat plagiarism checking utk kali pertama. Cara-caranya berbeza mengikut U masing2. Mcm saya di MSU, kami kena email ke Library iaitu Pn Maizura.. (sgt byk membantu.. terima kasih banyak2). kemudian, submit pulak ke Proofreading team. ada bayaran yang kena disettlekan sebelum diorg mula. Charge berbeza mengikut U jugak.. tp mcm kami di MSU 0.05 per words.. huhu~ memang siap pitih la.. saya kena RM 1500++.. huhu~. Tempoh Proofreading lebih kurang 2 minggu. So, korang yang nak submit sebelum dateline kena budget masa cukup2. jangan buat last minit mcm saya ye...

dah tu kena submit semula ke plagirism checking skali lagi.. (lupa nak cakap.. mcm kami di MSU untuk course MBA la..course lain xtau pulak saya... kena kurang dari 20%, so saya dpt 13% huhu~ kira lpas la..)

Habis semua ni..kena formatkan balik thesis korang ikut format U masing2.. then submit pada supervisor utk check.Bila dia bagi green light utk printing n binding baru korang proceed. Jangan memandai pulak kang hangus duit kena reject da buat semua yg baru. huhu~ (peringat je...)

Format printing dan binding pun kena ikut U masing2.. Refer je Fakulti korang punya opis. InshaAllah diorang akan bantu.



Alhamdulillah.. 3copy utk submit.. 1 untuk simpanan
Dengan tajuk Green Ocean Strategy: Increasing Acceptability of Green Home Concept in Malaysia, saya berjaya siapkan dengan izin Allah dan bantuan lecturers, dan kawan2 serta support keluarga juga bos yang supportive. Ternyata belajar time keja bukan semudah belajar fulltime..

Oklah.. nak share mcm mana akhirnya saya dapat siapkan. Mulanya, saya spend masa weekend dengan sahabat saya Kak fizah. Kami pergi ke Library Shah Alam yg cozy tu. Mmmg byk jugak la yg berjaya disiapkan time tu. Chapter 1, 2 dan sedikit bahagian dr chapter 3.

Lepas tu,bila dekat2 masa nak kena submit, kami mengalami masalah Library tutup awal, sblm sempat kami siapkan part yg tgh critical. dan kami terpaksa pindah cari tempat lain utk sambung kerja kami. Kami pergi ke Food Court Tesco sebelah MSU. Malangnya, foodcourt tu pun tutup jugak beberapa minit kemudian. Akhirnya saya tekad nak check in di Hotel yg mana kami boleh overnight utk sipakan Thesis kami sampai siap. heheheeh~

Alhamdulillah, suami2 kami yag supportive sgt memahami dan membenarkan berbuat demikian. Marathon menyiapkan thesis bermula. Hotel pertama yg menjadi pilihan adalah yang dekat dengan KLSentral supaya senang kami ke GSM (Graduate School Management) utk bertemu lecturer (Dr Ferdous). Kami tekad siapkan Thesis sampai habis... huhuhu~ perjalanannya bukanlah indah.. apa yang pasti saya rasa seperti Zombie bila kami tak cukup makan dan tidur. Namun segalanya berbaloi bila thesis dapat disiapkan.

Check in kedua di hotel adalah ketika siap semua procedure  plagiarism/turnitin checking & proofreading checking. Iaitu ketika tiba masa utk formatting. Alhamdulillah.. Sahabat saya Kak Fizah dapat siapakan dahulu dan berjaya submit sebelum dateline. Sedangkan saya tidak dapat kerana lmbt submit proofreading. :)

Beberapa hari slps tarikh dateline, barulah result proofreading saya keluar. :) xpe.. asalkan dapat siapakn pun saya dah bersyukur sangat2.

Oklah.. kepada semua yang sedang sambung belajar...teruskan perjuangan..buat sampai habis ok... kerana kata sifu saya.. orang yang berjaya bila dia buat sesuatu.. dia buat sampai habis...

Sekian, semoga bermanfaat.