Radio Kami

Thursday 1 September 2016

Thesis dah siap...Alhamdulillah...

AsSalam wbt.

Alhamdulillah... bersyukur sangat2 sebab setelah bertahun lamanya saya berjaya tamat belajar setelah thesis saya berjaya disiapkan...Memang menangis la nk siapkan..Allah jualah yang memberi kekuatan untuk saya... Sepatutnya saya convo pada bulan July yang lalu tapi disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan makanya baru bulan Ogos 2016 saya berjaya siapkan thesis ni. (boleh tgk sini.. sejak bila saya mula buat thesis...klik)

Dengan Izin Allah
Banyak hal sebenarnya setelah siap thesis, mula2 kena buat plagiarism checking utk kali pertama. Cara-caranya berbeza mengikut U masing2. Mcm saya di MSU, kami kena email ke Library iaitu Pn Maizura.. (sgt byk membantu.. terima kasih banyak2). kemudian, submit pulak ke Proofreading team. ada bayaran yang kena disettlekan sebelum diorg mula. Charge berbeza mengikut U jugak.. tp mcm kami di MSU 0.05 per words.. huhu~ memang siap pitih la.. saya kena RM 1500++.. huhu~. Tempoh Proofreading lebih kurang 2 minggu. So, korang yang nak submit sebelum dateline kena budget masa cukup2. jangan buat last minit mcm saya ye...

dah tu kena submit semula ke plagirism checking skali lagi.. (lupa nak cakap.. mcm kami di MSU untuk course MBA la..course lain xtau pulak saya... kena kurang dari 20%, so saya dpt 13% huhu~ kira lpas la..)

Habis semua ni..kena formatkan balik thesis korang ikut format U masing2.. then submit pada supervisor utk check.Bila dia bagi green light utk printing n binding baru korang proceed. Jangan memandai pulak kang hangus duit kena reject da buat semua yg baru. huhu~ (peringat je...)

Format printing dan binding pun kena ikut U masing2.. Refer je Fakulti korang punya opis. InshaAllah diorang akan bantu.



Alhamdulillah.. 3copy utk submit.. 1 untuk simpanan
Dengan tajuk Green Ocean Strategy: Increasing Acceptability of Green Home Concept in Malaysia, saya berjaya siapkan dengan izin Allah dan bantuan lecturers, dan kawan2 serta support keluarga juga bos yang supportive. Ternyata belajar time keja bukan semudah belajar fulltime..

Oklah.. nak share mcm mana akhirnya saya dapat siapkan. Mulanya, saya spend masa weekend dengan sahabat saya Kak fizah. Kami pergi ke Library Shah Alam yg cozy tu. Mmmg byk jugak la yg berjaya disiapkan time tu. Chapter 1, 2 dan sedikit bahagian dr chapter 3.

Lepas tu,bila dekat2 masa nak kena submit, kami mengalami masalah Library tutup awal, sblm sempat kami siapkan part yg tgh critical. dan kami terpaksa pindah cari tempat lain utk sambung kerja kami. Kami pergi ke Food Court Tesco sebelah MSU. Malangnya, foodcourt tu pun tutup jugak beberapa minit kemudian. Akhirnya saya tekad nak check in di Hotel yg mana kami boleh overnight utk sipakan Thesis kami sampai siap. heheheeh~

Alhamdulillah, suami2 kami yag supportive sgt memahami dan membenarkan berbuat demikian. Marathon menyiapkan thesis bermula. Hotel pertama yg menjadi pilihan adalah yang dekat dengan KLSentral supaya senang kami ke GSM (Graduate School Management) utk bertemu lecturer (Dr Ferdous). Kami tekad siapkan Thesis sampai habis... huhuhu~ perjalanannya bukanlah indah.. apa yang pasti saya rasa seperti Zombie bila kami tak cukup makan dan tidur. Namun segalanya berbaloi bila thesis dapat disiapkan.

Check in kedua di hotel adalah ketika siap semua procedure  plagiarism/turnitin checking & proofreading checking. Iaitu ketika tiba masa utk formatting. Alhamdulillah.. Sahabat saya Kak Fizah dapat siapakan dahulu dan berjaya submit sebelum dateline. Sedangkan saya tidak dapat kerana lmbt submit proofreading. :)

Beberapa hari slps tarikh dateline, barulah result proofreading saya keluar. :) xpe.. asalkan dapat siapakn pun saya dah bersyukur sangat2.

Oklah.. kepada semua yang sedang sambung belajar...teruskan perjuangan..buat sampai habis ok... kerana kata sifu saya.. orang yang berjaya bila dia buat sesuatu.. dia buat sampai habis...

Sekian, semoga bermanfaat.







No comments:

Post a Comment