Radio Kami

Thursday 13 February 2014

Diet Atkins (6 days)

Bismillah...

Dukacita dimaklumkan, beta sgt berdukacita dengan result diet Atkins.. setelah 6hari.. hanya 1kg sahaja yang berjaya beta singkirkan.. huhu~ hampir2 beta give-up.. sekarang berat tinggal 74kg.. Namun Encik suami tersayang telah memberi kata2 perangsang.. "sabarlah dulu sayang.. cuba dulu 2 minggu.." hm.. baiklah.. I will stay in this program up to 2 weeks.. Lepas tu, untuk menguatkan semangat, beta pun mencari kata-kata semangat melalui google.. :) hihi~ so, inilah hasilnya:

:) mcm mana? ok tak...


















ok dah.. pegi minum air yer... :)


Sunday 9 February 2014

Aku nak kurus tanpa product..

Memang tak dinafikan bukan mudah jadi org yg obes.. aku mula terasa bila dah berkahwin dan beranak.. masa kt kampus berat dalam 50-55kg (masa ni "wanted" la), dah kerja naik lagi 60-65, masa kawin dah 66kg dah..(still "wanted" walaupun dah cubby.. huhu perasan) lepas berlahirkan Ammar (anak 1st kami) jd 70kg. pastu turun balik 65kg. Lepas lahirkan Amru (anak 2nd kami) naik lagi 75kg, pastu turunkan balik 67kg, lps tu naik balik 75kg. Then, lps 3rd pregnancy (aku gugur kali ni) aku terasa badan aku memang naik sgt2.. dekat2 80kg dah. Nilah saat yang paling tinggi berat dalam hidup..(huhu~)

 "Banyak spare tyre mcm Michelin?"

Sebelum ni tak tau mcm mana rasanya.. org ejek dan tegur.. paling tak best bila nak beli baju.. xde size.. dan peniaga baju tu bleh sound "yang tu size paling besar 48".. Cis~ aku baru nak tengok, terguris hati ini.. tak jadi nak beli.. tak masuk lagi member opis yang mulut tak de insurans.. huhu~ kata2 yang mereka sangka gurauan tu memang membuatkan hati ini terluka..(ce.. hati tisu betul la..) balik kampung suami, pun kena tegur "badan nmpk naik skit ni".. balik kampung sendiri pulak sedara-masa tegur.. "hai, badan sedap bahagia nampak..".. aku hanya menyambut teguran mereka dengan ketawa.. "haha.. dalam hati ada tanam, biasa la".. Sudah, cukup sudah.. aku dah malas nak terasa dan terguris.. sendiri tak jaga.. sendiri rasa.. Be positive Balqis.. Aku dah nekad.. apa jadi sekali pun aku mesti kuruskan balk badan aku, demi suami tercinta.. walaupun dia tak pernah kata apa2.. tapi aku paham dia nak aku ada keyakinan diri.. aku akan down bila ditegur atau dikata gemuk.. (huhu~tq for your support abang)

Reboot "Fat Sick & Nearly Dead"
Jeng-jeng-jeng~ aku pun mulakan misiku bermula 2nd February 2014degan diet cara Reboot.. aku target nak buat 5 hari je.. aku dah biasa buat Reboot program ni.. dia punya tagline "Fat Sick & Nearly Dead". aku dah pernah buat program ni dulu.. memang berkesan masa aku dpt berat 67kg balik tu.. tapi rasa suffer giler...sebab kena mkn n minum sayur n buah je.. masa tu aku buat 14hari.. turun 7kg dalam masa 2minggu.. aku tak mampu continue dah pastu..  


 
Jus warna hijua ni lah hari2..  hm..

dan untuk kali ni aku buat 5 hari je.. memang memberangsangkan.. dah turun dah berat jadi 75kg balik dalam tempoh 5 hari.. ok la kan.. click sini kalau nak study lebih lanjut pasal Reboot.

Ditemukan dengan pengamal Atkins
Dalam tempoh program reboot kali ni tiba2 satu hari aku ditemukan dengan seseorang yang juga sedang dalam program diet.. nama program dia tu "Diet Atkins". First time akan dengar ni.. dialah yang share pasal diet ni.. dia kata dia kurang 5kg dalam tempoh seminggu. Kawandia dah buat 5bulan dapat turun 30kg.. Wow~ best kan dengar.. yang bestnya tanpa produk n kita bleh belasah segala jenis daging bermula dari ikan, ayam, telur, daging kambing, lembu, arnab, rusa, dan lain2 yang halal.. pergh.. memang best la.. :) Brother yang introduce kt aku tu makan salad dgn crispy chicken... hm~ mcm best je menu diet mcm tu.. best part is still bleh turun berat badan.. pantang larang dia adalah..xmau nasi, mee, bihun, segala jenis pasta, segala jenis makanan dari tepung, gula (haram terus), buah2an. Diet ni kena kawal pengambilan karbohidrat dan makan banyak protein. Sebab tu even sayur-sayuran pun kena kawal, jangan amik banyak2 sangat.. Tempoh induction adalah 2 minggu dan hanya ambil 20g Karbohidrat. dan dalam tempoh tu tolong minum air banyak2.. 4-6liter ok.. huhu~ banyaknya..

Cara minum air
xpe2... cara nak minum air banyak mcm tu senang je kalau kita tau caranya.. bahagikan kepada pagi petang malam, pagi minum 2, petang 2, malam 2.. Katakan kita bangun tidur kul 6pagi-sampai 12tgh hari ada 6jam utk minum 2 liter. Cuba minum setiap 15minit.. xsampai 12 tgh hari pundah abis 2 liter tu.. mcm tu gak ptg n mlm.. 12tgh hari - 6 ptg, 6ptg - 12 tgh mlm..

 
 Menu Diet Atkins Untuk Minggu Induction (Malaysia)



Menu Diet Atkins -dari BlogKakiSukaberjalan mcm sedap kan? memang sedap

 Aku baru 2 hari ikut program ni.. xtaulah apa hasilnya lagi.. kita tunggu lah sama2 ye.. huhu~ seriau gak.. bagi masa 2 minggu je... kalau tak jadi i turn back to Reboot program.. nak tau lebih lanjut apasal Diet Atkins? pegi tgk sini.. Blog Bicikut (Blog rasmi Diet Atkins Malaysia)..

Jom tgk apa yang aku mkn sepanjang 2 hari ni..

 Salad + Crispy Chicken
(aku xtau nama betul dia, makan di Secret Recipe)


 Omellet Cheese + Sup sayur +2 Chicken wing
(Chicken Wing xsempat amik gambar aku dah makan dulu hihi~)

Ok dah la dulu sampai sini cakap pasal diet.. nnti kita update lagi ye.. daa~

Wassalam..