Radio Kami

Thursday 29 August 2013

Ride from USJ to CAMERON HIGHLAND (Preparation PART 4) - Plan mana nk pegi & apa nk buat kat sana.


Pasar Malam @ Cameron Highland
Ladang Teh-perumahan pekerja ni..
Kebun Strawberi





     











Assalamulaikum wbt... kami akan bertolak subuh2 lagi dari USJ.. insya'Allah kami akan berhenti rehat dimana tempat2 menarik sepanjang perjalanan menuju ke sana.. dan apabila tiba, berikut adalah tempat yang kami akan pergi masa kat Cameron Highland nanti..

1. Pasar malam Cameron Highland
2. Strawberry Farm - mkn strawberry celup chocolate
3. Ladang Teh - Minum Teh kt sana..
4. Gunung Brinchang tgk sunrise..
5. Lain-lain - kami akan decide kemudian bila smpi sana.. :)

 wassalam..

 ~Alif & Balqis~

Ride from USJ to CAMERON HIGHLAND (Preparation PART 1) - Tempah Hotel..


Kena print out tunjuk masa nk check in hotel
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.. setelah sekian lama.. inilah masa yang dinantikan.. Honeymoon!!! Hoorey... setelah  hampir lima tahun kawin.. masa untuk kami meng"isolate" diri.. hehe~ just 2 of us...naik motor plak tu.. ;) masa 1st time honeymoon lepas kawin pegi Langkawi, tapi bawak adik2 pulak.. and ke Genting tgh mabuk pulak "sang isteri", burn ler tiket "outdoor n indoor" tu..

Walaupun agak last minute juga plan nk ke Cameron ni kami berjaya juga mem"booking" hotel walaupun masa yang dirancang adalah peak time.. oleh kerana itu, kami tidak mempunyai banyak pilihan kerana budget untuk penginapan yang naik. Kalau time biasa, kami memang boleh dpt hotel yg lebih baik lagi berbanding harga yang dibayar... (nasib ler, sapa suruh plan last minute peak time pulak tu.. huhu~) Kononnya nk cari tempat yg ala-ala backpackers je asalnya.. (backpackers lah sgt.. dapat booking ni pun mujur) sebab hotel/motel/segala bentuk penginapan rata2 penuh.. nilah sisa2 yang ada.. "Kavy Hotel Boutique". Guna AGODA je.. segala jenis hotel/motel ada kt situ.. kalau nk pegi ramai elok amik 'service apartment', lebih selesa dan jimat.. tempahan melalui iBilik..

Moral of the story.. walaupun korang semua jenis yang suka prepare / rancang last minute.. hati2 bila peak silap2 xde tempat nak duduk..huhu~

Wassalam..

~Alif & Balqis~

Ride from USJ To CAMERON HIGHLAND (Preparation PART 3) - Anak2 mau titip ke siapa??

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt.. sekiranya sebelum ni ke mana saja percutian, anak2 sentiasa dibawa bersama..(tu bukan honeymoonlah, tu pergi bercuti..) so, alhamdulillah.. kini kami sudah ada maid yang boleh diharapkan untuk menjaga anak2 kami.  "kak, kami titipkan anak2 ke kamu ye..kami pergi sekejap aja, jaga anak baik2 ye, ada apa2 kak pergi rumah adik saya".. 

Lagipun kami bernasib baik kerana adik kami (adik Balqis @ adik ipar Alif) rumah beliau cuma di blok sebelah je.. so, xdelah susah hati sangat kami nk pergi.. :) ok soal anak settle.. siapa pun yang menjaga, sesungguhnya Allah lah yang memelihara mereka semua..

wassalam...

~Alif & Balqis~
Ammar & Amru bersama bibik kesayangan mereka...

 

Ride from USJ To CAMERON HIGHLAND (Preparation PART 2) - Service Motor

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wbt.. sebelum memulakan perjalanan eloklah kiranya kuda kita diperkemaskan dahulu.. service apa yang patut.. macam apa yang saya buat ni.. "drive-belt" kuda yang lama didapati telah crack setelah mencapai 10000km.. eloklah kiranya ia ditukar..

 
Demi keselesaan perjalanan ke percutian (bukan jalan2 cari makan ni) box @ kotak ikan dipasang.. :) lepas ni "sang isteri" juga bleh bersandar pada box tu.. :)


Demi keselamatan dan keselesaan terutama untuk perjalanan jauh, bukan motor je yang perlu diservice, tetapi semua jenis kenderaan termasuk kapal terbang.. :)

~Alif & Balqis~

Wednesday 28 August 2013

Jom Try - Homemade Fishball



Assalamualaikum wbt..

Resepi wat homemade fishball ni saya jumpa kt blog mana ntah. Dah lama dah simpan tapi tak terbuat-buat lagi..bila ada masa baru nk cuba buat.. sapa yang nak cuba buat dulu silakanlah jgn malu2.. nanti share nyer jadi ke tak..:) 
Source: Cooking Mama

Cara buat FISHBALL

Bahan-bahan ( anggaran 3 org makan )
400gm isi ikan tenggiri
1 sudu kecil garam (paras rata)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
60 ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
secubit serbuk perasa jika suka

Cara-cara
  1. Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat. 
  2. Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal. 
  3. Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.  
  4. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.  
  5. Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

~Balqis~




Tuesday 27 August 2013

"Kuda" baru kami..

Bismillah..

Alhamdullillah.. setelah sekian lama berkhidmat "kuda" EX5 kami telah bersara dan kini beliau sedang berehat di kampung Kuala Terengganu.. (jadi teman ayoh bawa berjalan2).. "Kuda" baru kami sekarang ialah jenis SYM 200cc Special Edition. Dengan moto inilah "sang suami" ke tempat kerja, dan "sang isteri" dihantar ke kelas.. demi menempuh trafik jem kt KL ni.. inilah kenderaan yang paling sesuai untuk kami... moto ni adalah kategori skuter ye.. so, kami bukanlah rempit.. moto ni dah smpi ke Kedah..insya'Allah lepas ni lebih banyak lagi destinasi yang akan kami pergi bersama.. nak tau kami nak ke mana..? setialah bersama blog kami.. :) 




~Alif & Balqis~

Pengembaraan bermula...

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wbt..

Alhamdullillah.. segala puji bagi Allah yang menggerakkan hati kami dan memberi kekuatan untuk kami memulakan blog ini. Saya Balqis dan suami saya Alif. Idea untuk berblog ni spontan keluar dari suami saya yang minta saya buat agar kami boleh pahatkan kenangan kami dan berkongsi apa saja dengan semua apa yang patut dikongsi untuk tatapan semua yang mungkin memerlukan info dan juga untuk anak cucu nanti.. Serius, saya tak pandai mengarang.. saya juga tak reti share2 cerita dgn org ramai. tapi sebagai isteri saya turutkan juga permintaan suami tercinta, kerana apahal sgt jika nak dibandingkan dengan segala sokongan moral dan pengorbanan yang diberikan kepada saya selama ni.. tak terhitung..(abang thank  you for everything...  ;( (bak ni cek touching sket..) insyaAllah..semoga entry2 dlm ni nnti berguna untuk semua.. semoga diredhai Allah.. amin..