Radio Kami

Tuesday 13 September 2016

Bila Amru masuk pertandingan

Bismillah...

AsSalam wbt..

Pada 4hb Sept 2016 yang lalu, Alam Ria Pasti Peringkat Selangor 2016 telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Alhamdulillah putera kami Amru terpilih untuk mewakili Pasti AtTaqwa Subang Jaya dalam acara hafazan (lelaki). Antara acara lain yang turut dipertandingkan adalah Khutbah, Pidato, Kalam Jamaie, Nasyid, Sajak, dan Bercerita

Walaupun tak menang, kami bersyukur kerana pertandingan ini memberi pendedahan pada anak2 kami dan juga pengalaman baru buat mereka. Pemenang keseluruhan adalah Pasti Kapar ditempat pertama, Pasti Gombak ditempat ke2, dan Pasti Kuala Selangor tempat ke3.Tahniah pada semua pemenang!

Terima kasih kepada semua ustazah2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara ini. Semoga Allah membalas jasa baik ustazah-ustazah yang tidak mampu kami balas.

Kami mewakili ibubapa pelajar-pelajar Pasti yakin acara sebegini harus diteruskan agar memberi pendedahan yang lebih baik untuk anak2 tentang kesenian Islam dan hiburan yang baik untuk mereka selaras dengan kehendak agama. Diharap acara-acara begini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kami juga berharap Pasti dapat diperluaskan sehingga keperingkat Sekolah Rendah dan Menengah pada masa akan datang di lebih banyak lokasi diseluruh negara. inshaAllah.. aminn...


Sejuk hati melihat anak2 kecil membaca alQuran dengan gaya tersendiri.. (^_^)

 
Dengan izin Allah budak 5tahun ni, mampu menghafal surah Almulk 1-15 walaupun masih belum mengenal (subhanAllah).


No comments:

Post a Comment