Radio Kami

Tuesday, 16 August 2016

Frozen Lauk untuk Family??

بيس الله ارحمن ارحيم 

 Assalamualaikum wbt.

Saya nak berkongsi sedikit tips macam mana saya sebagai seorg wanita yang bekerjaya dan berkeluarga dapat masak sendiri untuk keluarga saya.. Saya dah agak lama buat benda ni dulu masa time xde maid dulu.. Tp bila maid ada xbuat dah... sekarang bila maid xde balik, saya mula buat semula. Caranya ialah menyediakan frozen lauk yang dimasak sendiri. Penat sekali je seminggu.. :) :) :)

Tips ni mungkin sesuai dan mungkin jugak tak sesuai untuk anda. Apa yang saya buat ni bermula masa saya kena pergi ke Bali dan terpaksa tinggalkan keluarga dalam tempoh yg agak lama (4hari). Apa yang saya buat ialah masak lauk yang menjadi pilihan ahli keluarga dalam kuantiti yg banyak.

Oklah, mari ikuti cara-caranya:

1. Rancang dulu apa nak makan untuk tempoh seminggu contohnya. Tak kan la hari2 lauk yang sama mau menangis anak2 n suami.. huhu.. apa yang saya buat ialah tanya selera family... Buat anggaran berapa jumlah lauk yang diperlukan sekali makan.. tak payah tepat sangat.. agak2 je.. Sebagai contoh

Kuantiti Lauk: Sekali makan 5-6 ketul ayam sefamily (family saya kecil).. seekor ayam potong kecil 20-24ketul.. seekor ayam dpt makan untuk 4 kali.

Contoh jenis masakan: yang saya buat ialah sup ayam, Ayam masak kicap dan Gulai ayam. Jadi saya perlukan 3 ekor ayam untuk ketiga-tiga masakan saya.

sekali saya masak boleh makan untuk 3x4 = 12 kali. 5 kali untuk dinner weekdays. selebihnya untuk dinner n lunch time weekend.

2. Dah siap rancang. Pegi la shopping keperluan berdasarkan apa yang nak dimasak tu.. Jangan lupa pastikan anda ada cukup ruang dan bekas untuk menyimpan. Demi menjimatkan ruang anda juga boleh mencuba "plastic bag". Tak payah yg ada sealer, cuma pakai getah pengikat mcm dikedai itu lebih murah dan praktikal.
- bahan masakan
- bekas menyimpan
- tempat penyimpanan yang mencukupi(freezer) jangan lps masak byk2 takde tempat nak simpan pulak... hehe~

Saya belum pernah cuba buat lauk berasaskan ikan.. inshaAllah saya akan cuba buat dan update hasilnya. Tapi hasil lauk ayam ni memang ok.. walaupun sudah dimasak banyak hari apabila dipanaskan semula rasa lauk2 tersebut memang tak lari.

3. Masaklah dengan penuh kasih dan sayang...(berlambak2 resepi masakan dok ada.. just google je..) masak lama sikit xpe.. dengan api yang perlahan.. itu petua tok saya supaya masakan tahan lama. 

4. Dah siap masak, biarkan lauk2 tu tadi sejuk dulu.. sampai suhu bilik

5. Sediakan bekas2 penyimpanan. Pastikan ianya bersih, kering dan berpenutup. (Kalau guna plastik senang pastikan ada getah). 

6. Masukkan lauk2 dalam bekas dan tutup rapat.. (kalau rajin bleh label nama lauk dan tarikh penyediaan)

7. Simpankan dalam peti ais bahagian sejukbeku (freezer).

Dah siap penyediaan.. Sekarang tiba masa nak makan pulak.. just keluarkan lauk pilihan anda.. kalau guna bekas yg boleh masuk microwave, bleh terus masukkan ke dalam microwave. Kalau guna plastic bag pulak lagi best, masukkan sekali dlm periuk nasi time masak nasi.. (pastikan luaran dia bersih dr bendasing hehe~).. Cara biasa yg saya buat, masukkan dlm periuk corningware, panaskan atas api dan hidangkan sekali periuk tu.. pun boleh...

oklah.. sekian dulu perkongsian saya tetang Frozen Lauk kali ni.. Maybe next time kita bleh cuba sesuatu yang lebih mencabar lagi.. Saya akan cuba update bila saya sendiri dah cuba... iaitu "Food Canning"... Frozen food ni just boleh buat kalau ada freezer.. klu yg xde freezer mcm mana pulak kan? inshaAllah boleh dengan "Food Canning".. Dalam Bahasa Melayu makna dia Makanan dalam Tin. Tapi method yg digunakan ni tak pakai Tin pun, pakai balang kaca.. Tunggu saya rajin nanti saya buat dan update..

sekian, Wsalam...







Monday, 15 August 2016

Blog yang sudah bersawang selama 2 tahun lebih???

بس الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum wbt..

Lamanya blog ni sunyi kan..? Terlalu cepat masa berlalu.. Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih.. Sekarang ni tiba2 mood nak mulakan blog ni datang balik... tiba2 je ke..?hari tu start sat je lps tu stop lama... tiba2 pun tak jugak sebenarnya.. banyak faktor yang menyumbang kepada kenapa saya boleh berblog.. Nombor satu adalah MASA... Nombor dua adalah SUPPORT... Nombor tiga adalah MOOD... Nombor empat suka hatilah sebab apa pun...

Memang tak dinafikan saya kurang masa.. tapi cuba curi2 masa untuk menulis.. sebenarnya menulis bukanlah bakat semula jadi saya pun.. dan minat pun agak kurang.. tapi demi mengasah bakat tersebut, maka saya pun cuba menulis blog ini.. itu pun bersama suami...

Lantaklah bahasa rojak ke apa..janji tulis je dulu.. selama 2 tahun lebih kebelakangan ni saya lebih byk berFB.. byk jugak lah benda yg dishare di sana walaupun tak semua... Tapi sekarang saya dah deactivate FB saya tu... (mungkin utk jangkamasa panjang/pendek). 

Pada pendapat peribadi saya, FB ada baik dan burukya...kita kena tgk keadaan hidup kita.. ada ketika memang perlu off supaya kita boleh fokus real life kita. Sebagai contoh sama saya nak siapkan thesis saya hari tu saya kena slowkan FB. Yang baiknya pulak, melalui FB saya boleh marketkan biz keluarga saya iaitu UMMUL IKAN BAKAR SPECIAL. Suka atau tak, FB sangat memberi kesan pada sale Kedai kami.. Walaupun FB mencuri banyak masa saya terpaksa juga buat.

Cerita Bab masa lagi.. Ni pendapat saya yang telah ketiadaan Maid untuk membantu saya di rumah... FB pencuri masa... Blog boleh di isi pada masa terluang.. dan Blog juga boleh di kesan oleh google bila ada yang google.. hehe~ FB ikut trending.. dan viral.. ada pro n cons... FB bleh update status pendek2.. tp news feed akan menarik kita untuk stuck di FB lama...

Cerita Bab Support.. Sebab suami Tok Laki saya support suh buat Blog balik...sebab dia suka nak share benda2 yang dia minat tu lah.. apa lagi pasal pengalaman, pengetahuan Ride dia (Bikers Kental lah katakan).. apa lagi sekarang kami baru tukar kuda baru... dengan sym ari tu pun dah jenuh dah.. kali ni tak tau lah kemana pulak.. tunggu la next post nak up pasal ride2 kami yang terdahulu...

Cerita Bab Mood..Bab ni saya pun tak berani nak jangka.. kerana sesungguhnya Allah memang membolak balikkan hati... cuba saya rasa dalam Blog ni saya boleh lebih berkongsi rasa... semoga ada ilmu yang bermanfaat... dan semoga Mood saya sentiasa ada untuk menulis perkongsiaan di blog ini...

Cukuplah untuk post kali ni...Next post kita cerita bab lain pulak..