Radio Kami

Wednesday 14 September 2016

Idea laundry untuk rumah apartment

AsSalam wbt.
Saya nak share skit ni idea-idea yang di'gugel' dari internet untuk susunatur ruang "laundry" bagi rumah jenis flat/apartment mahu pun kondo.
pemandangan tercemar oleh jemuran... huhu~ saya pun biasa buat.. teruk betul.. haha~
Saya pilih idea yang saya rasa saya sangat2 suka.. Kalau korang pun suka cer komen kat bawah nanti.. Saya suka putih sebab nmpk putih dan lapang.. rumah tak berapa besar akan nampak lebih luas dengan warna putih. hehehe~ jom jamu mata...
ok la...

siap ada garden....

sambil basuh baju bleh lepak2 kt sini...

cantik je susun...

ok jugak...

benda alah ni mmmg sesuai...

elok jugak...

mcm nak beli dryer jugak ni... huhu~

wahhh... mcm keperluan je dryer ni..

okla..

bersihnya... huhu~

lebih menarik... dryer dan washer disusun bertindih..

I Likeee.....

Nice....        
Dah tengok idea-iea ni rasa semangat nak cantik dan kemaskan ruang laundry.. haha~ harap2 semangat tu berkekalan...hehe~

Sekian, semoga bermanfaat

Korang ada cita-cita nak bina Jenama Sendiri?

AsSalam wbt.

Nak cerita skit ni. Baru-baru ni ada seorang kawan lama saya contact saya minta saya buat marketing untuk produk kesihatan yang dikeluarkan atas namanya sendiri. Pergh.. dah ada jenama sendiri kawan aku ni. huhu~ saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada kawan saya tu diatas kejayaan mengeluarkan produk jenama sendiri. Sungguhpun begitu saya terpaksa mengucapkan maaf yang tak terhingga sebab bukan saya tak nak tolg dia buat marketing produk dia tu. tapi saya pun sendiri pun kurang arif dalam bab produk-produk kesihatan dan kecantikan ni,ditambah pula saya sendiri tak banyak masa. Sedangkan Ummul Ikan Bakar pun saya xsempat nk buatkan marketing... (Kesian kan? huhu)

Mesti seronok kan bila jenama kita terjual di kedai-kedai jamu... hehehe~ (berangan jelah.. berangankan percuma) :D
Masa belajar MBA dulu- mmg lecturer saya ajar BRAND adalah benda penting untuk produk kita agar dikenali oleh orang ramai.. Jangan main redah je.. cipta Produk dengan Brand tersendiri...
Katanya produk dia banyak lagi tak abih. Saya turut bersimpati tapi tak dapat nak bantu byk. sekadar tolong buat marketing di FB secara percuma. tu pun ada la jugak yg order. Jadi untuk korang2 yang ada cita-cita nak buat produk jenama sendiri, tujuan aku tulis ni bukanlah untuk menakut2kan kalian. Tetapi sebagai peringatan untuk kita semua. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan agar kita study dulu industri tu macam mana.

Mcm nak jadi PE (Professional Engineer), kena p belajaq dlu 5tahun, keluar kena cari pengalaman dulu kerja kt site dan design office, kena pi tarining dulu kumpul point segala dan submit report lepas tu baru boleh apply nak jadi PE.  Sama la jugak nk jadi pengeluar produk. Pada pendapat saya la. cuba belajar jual produk orang dulu. Cuba2 jual jadi DS (Dropship). lama2 dah paham market produk kesihatan dan kecantikan barulah consider untuk buat jenama produk sendiri tu.

Huhu~ oklah.. ni satu bahan bacaan yang berguna untuk mereka-mereka yang ada cita2 tu..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAH :: PANDUAN BINA PRODUK JENAMA SENDIRI ::



KAMI bantu USAHAWAN dengan memberikan idea perniagaan ini...

► Apa yang akan BONGKARKAN ◄

✔ Panduan bina produk A hingga Z
✔ Idea Perniagaan produk
✔ Kaedah kajian pasaran
✔ Produk killer atau popular
✔ Kaedah menerokai pasaran
✔ Cara pintas hasil produk
✔ R&D produk jenama anda
✔ Urusan Kelulusan KKM dll
✔ Pembekal custom made botol/ kotak
✔ Dan banyak lagi...

---------
BONUS PERCUMA
---------
✔ Cara Mudah Daftar Niaga SSM (RM30)
✔ Panduan Daftar Akaun Semasa Bank (RM30)
✔ Strategi Pemasaran Produk Berkesan (RM40)

Tambahan bonus

✔ Support PERCUMA selepas pembelian.
✔ Contoh/ Cadangan Kewangan atau Akaun.

Klik disini EBook Bina Produk Jenama Sendiri.



Pada pendapat saya cara paling bijak untuk belajar adalah melalui pengalaman orang lain.

Laburkan dahulu untuk ilmu sebelum duit anda melebur.. huhu~

Sekian, semoga bermanfaat

Tuesday 13 September 2016

Bila Amru masuk pertandingan

Bismillah...

AsSalam wbt..

Pada 4hb Sept 2016 yang lalu, Alam Ria Pasti Peringkat Selangor 2016 telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam. Alhamdulillah putera kami Amru terpilih untuk mewakili Pasti AtTaqwa Subang Jaya dalam acara hafazan (lelaki). Antara acara lain yang turut dipertandingkan adalah Khutbah, Pidato, Kalam Jamaie, Nasyid, Sajak, dan Bercerita

Walaupun tak menang, kami bersyukur kerana pertandingan ini memberi pendedahan pada anak2 kami dan juga pengalaman baru buat mereka. Pemenang keseluruhan adalah Pasti Kapar ditempat pertama, Pasti Gombak ditempat ke2, dan Pasti Kuala Selangor tempat ke3.Tahniah pada semua pemenang!

Terima kasih kepada semua ustazah2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam acara ini. Semoga Allah membalas jasa baik ustazah-ustazah yang tidak mampu kami balas.

Kami mewakili ibubapa pelajar-pelajar Pasti yakin acara sebegini harus diteruskan agar memberi pendedahan yang lebih baik untuk anak2 tentang kesenian Islam dan hiburan yang baik untuk mereka selaras dengan kehendak agama. Diharap acara-acara begini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kami juga berharap Pasti dapat diperluaskan sehingga keperingkat Sekolah Rendah dan Menengah pada masa akan datang di lebih banyak lokasi diseluruh negara. inshaAllah.. aminn...


Sejuk hati melihat anak2 kecil membaca alQuran dengan gaya tersendiri.. (^_^)

 
Dengan izin Allah budak 5tahun ni, mampu menghafal surah Almulk 1-15 walaupun masih belum mengenal (subhanAllah).